Apr 17, 2015

Kerana Ilmu, Aku Disini

Kerana Ilmu Aq Disini

Pujangga pernah berkata, "Tuntutlah ilmu sampai ke negara Cina". Aku merasakan ilmu adalah perkara penting yang diambil perhatian oleh semua rakan dan taulan.  Al-quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu pun menyatakan ilmu adalah perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh semua rakan. Firman Allah didalam surah al-Alaq' ayat 1-5 yang bermaksud : Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk (1),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku (2), Bacalah, dan Tuhanmu yang maha pemurah (3), Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan  (4), Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya (5).


Penulis menulis mengenai Ilmu ini adalah kerana  berlakunya perkara-perkara yang yang berkaitan ilmu yang sering dipandang enteng oleh sesetengah orang. Walaupun hanya sekeping kertas, penulis sangat sedih kerana ilmu itu dibuang merata-rata, tanpa ada rasa bersalah. Yang menyedihkan penulis lagi adalah pelaku itu sama agama dengan penulis, tanpa ada rasa bersalah dan mendalami surah didalam alquran mengenai ayat yang berkaitan dengan ilmu,


Oleh itu, penulis menyeru kepada semua agar mencintai ilmu. Semua agama menyeru agar mencintai ilmu. Cintai Ilmu, Anda Akan Berjaya.

~Yang Mencintai Ilmu, Insya Allah Berjaya~~